Welcome to http://rajafarahnazirah.blogspot.com . Terima kasih sebab dah stalker blog saya . Alang-alang stalker tu jangan lupa click button untuk jadi FOLLOWERS saya . Tapak untuk anda menjerit ada di sebelah kanan . Click sahaja cartoon comel tu . Sila lahh menjerit di situ . Dan jangan lupa LIKE BOX tu . Terima kasih x)

my FOLLOWERS

Animated Dragonica Star Glove Pointer), url(Animated Dragonica Star Glove Pointer), auto;}

Wednesday, October 26, 2011

Penyalahgunaan Ejaan


Assalamulaikum blogger-blogger semua ? Sihat je kan ? Alhamdulillah , farah pun sihat juga . Okay , back to the topic , korang pernah tak terbawa-bawa ejaan semasa exam especially Bahasa Melayu Kertas 2 tak pun subjektif ? Pernah tak ? Mesti ada yang pernah kan ?

Okay , mari kita sama-sama memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita terutamanya kepada readers yang berbangsa Melayu . Memang tak dinafikan , ramai yang menggunakan shortform ketika SMS , berFB , tweet , skype dan sebagainya . Tapi , kita janganlah terlalu OVER semasa menggunakan shortform tu . Ini kerana , ecehh dah macam karang pula . Okay , continue ! Ini kerana , jika kita terlau OVER semasa menggunakan ejaan shortform boleh memudaratkan penyalahgunaan ejaan semasa exam .

Contohnya , korang nak buat karangan "Aku sebuah Basikal Berwarna Merah Jambu" korang tershortform "aquh sebuwah bacikal pink colour , aww" Haha . Kelakarkan ? Janganlah gelak sangat . Ini serious , Isu ni semakin hangat diperkatakan kerana semakin berleluasa dikalangan remaja especially yang mempunyai telefon bimbit .

Okay , kat sini , farah bukanlah nak memerli , mengata , mengumpat atau sebagainya . Sejujurnya , farah juga memang pernah menggunakan shortform yang terlalu OVER kesannya , cuba korang tengok di link FB farah tulah akibat menggunakan shortform yang terlalu OVER . tu dulu , but now , seriously farah dah insaf gila . Tapi , link FB tu tetap tak boleh tukar =') Okay , sabar . peace (Y)

Actually , banyak lagi contoh ejaan shortform yang terlalu OVER . Biar farah senaraikan kat sini .

1- HENDAK - NAK - NK - NA - NX - NUCK -NUX - NUCX
2- BILA - BILE - BILER- BILEW
3- MANA - MANE - MANEW - MNEW
4- MINTA - MINTAK - MINTAX - MINTUX - MX
5- LAH - LHA -LA - LAA - AHH - LARH - LAWRH - LORH - LOWRH
6- SAYANG - SYG - CYG - CAYUNK - CYUNK - CHAYUNX
7- SAYA- SAYE-SAYEW-SYE-CYE-CYEW-SHAYER-SHAYEW-CHAYER-CHAYEW- SAIA
8- AKU - AQ - AQUH - AQUEH- AK- AKUW- HKU-RKU

Kadang-kadang , Bahasa English pun ejaannya disalahguna juga seperti :-

1- BECAUSE - COS - CS - COZ -CZ
2- THIS - DIS
3- LOVE - LUVE - LUV

Sebenarnya , banyak sangat ejaan yang terlebih OVER . Tapi , farah pun dah lupa sebab dah lama tinggalkan dunia sebegitu indah . TANGAN KE DADA , MATA KE ATAS =='

Conclusion - Kita mestilah memartabatkan Bahasa Kebangsaan supaya tidak telan dek zaman . Janganlah kita memandang isu ini endah tak endah sahaja kerana ni akan mencemarkan bangsa kita . Sayangilah Bahasa Kebangsaan sebagai mana anda menyayangi Allah , Rasulullah , Ibubapa dan keluarga , rakan-rakan dan gf/bf anda . Sama-samalah kita memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita supaya anak cucu kita kelak tidak akan mengulangi perkara yang sama seperti ini berulangkali . Jangan bunuh bahasa Ibunda kita ! Sekian , terimakasih . Aku buat entry macam ni bukan nak famous atau sebagainya , cuma nak mengingatkan je . Ingat-mengingati tak salahkan ?

Yang sayangkan Bahasa Kebangsaan
rajafarahnazirah

Kalau anda rasa Isu ini penting , Click button LIKE kat bawah tu . Terima kasih . =)

No comments:

Post a Comment